Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Aman mempunyai jumlah pelajar dan kakitangan yang kecil berbanding sekolah-sekolah di bandar. Namun, jumlah penggunaan tenaga elektrik semakin meningkat pada setiap bulan. Justeru, langkah-langkah penjimatan tenaga elektrik perlu diambil untuk mengurangkan penggunaannya bagi mewujudkan sifat lestari dan sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
Matlamat projek:
Menggalak pelajar guru-guru, dan kakitangan sekolah mematuhi langkah-langkah penjimatan tenaga elektrik
Objektif Projek:
Memupuk kesedaran terhadap kepentingan menjaga alam sekitar
Memupuk perasaan cinta akan alam sekitar dalam kalangan pelajar
Memupuk sikap bertanggungjawab dikalangan warga sekolah.
No comments:
Post a Comment