SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI AMAN,KOTA TINGGI,JOHOR

TADAHAN AIR HUJAN


Latarbelakang projek:
  • “Kerajaan menggalakkan orang ramai mengamalkan sistem pengumpulan air hujan dengan menyediakan tangki khusus sebagai langkah mangatasi krisis bekalan air negara pada masa depan. Amalan ini juga akan dapat mengatasi masalah ketiadaan air yang sebelum ini sering menganggu aktiviti harian orang ramai” Demikian ucapan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Uggah Embas semasa merasmikan persidangan Sistem Penuaian Air Hujan Antarabangsa Ke-14 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). 
  • Berkaitan itu, SMK Seri Aman melalui Jawatankuasa Penjimatan Air SLAAS telah merancang dan mengorak langkah membina dan mewujudkan Sistem tadahan air hujan untuk kegunaan harian warga sekolah. 
Matlamat projek:
  • Menggalak pelajar dan warga sekolah mengamalkan budaya penjimatan dan berhemah semasa menggunakan air. Usaha ini diharapkan dapat menambahbaik pengurusan sumber air dan pengurangan pembayaran bil air sekolah. 
Objektif Projek:
  1. Memastikan amalan dan budaya penjimatan sumber air dapat dilakukan dengan berkesan dan menyeluruh. 
  2. Menggalakkan pelajar mencintai dan menghayati alam sekitar. 
  3. Mewujudkan rasa tanggungjawab warga sekolah untuk menjaga dan memelihara harta sekolah. 
Faedah Projek:
  • Menguntungkan alam semulajadi dengan mengitar semula bahan-bahan sumber organik yang bernilai. 
  • Menjimatkan wang melalui pengurangan pembayaran bil air sekolah