Visi
Menjadikan SMK Seri Aman, Kota Tinggi sekolah
lestari pada tahun 2012
Misi
Membudayakan pendidikan alam sekitar melalui proses pendidikan
oleh tenaga pengajar yang berketrampilan, inovatif, prasarana sekolah yang
kondusif, ceria berinformasi serta melalui gerak kerja bersepadu warga dan
komuniti setempat.
MATLAMAT
SEKOLAH LESTARI
Membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai
murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, ko-kurikulum dan
penghijauan secara berterusan di SMK Seri Aman, Kota Tinggi untuk mencapai
tahap Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar
pada tahun 2012
OBJEKTIF
SEKOLAH LESTARI
- Memupuk nilai murni alam sekitar pada kalangan warga sekolah,
- Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar,
- Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan,
- Meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam menjayakan pendidikan alam sekitar,
- Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari
SLOGAN SEKOLAH
LESTARI SMK SERI AMAN, KOTA TINGGI

IKRAR ALAM SEKITAR
BAHAWA KAMI
WARGA SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN SERI AMAN
BERIKRAR
AKAN SENTIASA
BERUSAHA
DENGAN PENUH
DEDIKASI DAN BERTANGGUNGJAWAB
UNTUK MENGEKALKAN
KUALITI ALAM SEKITAR
DENGAN MENGHINDARI
PERBUATAN-PERBUATAN YANG MEROSAKKAN
ATAU MENCEMARKAN ALAM SEKITAR
KAMI JUGA AKAN
BERTINDAK DAN MENGAMBIL BAHAGIAN
MENJAGA ALAM SEKITAR
YANG KITA KONGSI BERSAMA INI
SEMOGA TUHAN MEMBERKATI USAHA INI
AGAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI AMAN
DAN NEGARA MALAYSIA
SENTIASA BERSIH, INDAH,
DISAYANGI SERTA DIHORMATI.