SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI AMAN,KOTA TINGGI,JOHOR

MESRA ALAM


LAPORAN PROGRAM AMALAN MESRA ALAM

Latarbelakang program:
Mesra alam merupakan sikap atau tingkahlaku yang menunjukkan keprihatinan terhadap alam sekitar.

Matlamat program:
Memberi kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat tentang amalan-amalan mesra alam yang perlu di contohi sama ada di rumah, di sekolah, di pejabat atau semasa membeli-belah.

Objektif Program:
Meningkatkan tahap kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.
Membimbing masyarakat dengan memberikan panduan menjaga alam sekitar dengan melaksanakan amalan mesra alam sama ada di rumah, di sekolah, di pejabat atau semasa membeli-belah.
Meningatkan keprihatinan masyarakat agar menjadikan endah persekitaran sebagai satu cara hidup yang lestari.
Meningkatkan kualiti persekitaran rumah, sekolah, pejabat dan kawasan perkampungan sebagai satu tempat yang bersih, ceria dan menyenangkan.

Pelaksanaan Program:
Bahan                        : Mengedarkan 4 pamplet yang berlainan iaitu mengenai
  amalan mesra alam di rumah,
  amalan mesra alam di sekolah
  amalan mesra alam di pejabat
  amalan mesra alam ketika membeli belah
Lokasi tapak            : Di kawasan perkampungan Felda Bukit Aping Barat,
              di SMK Seri Aman dan di pejabat-pejabat Felda.
Jangkamasa            : 2 bulan – 6 bulan
Pengelibatan           : Semua ahli kelab alam sekitar sekolah dan guru-guru yang terlibat

Status kemajuan pelaksanaan program atau pencapaian

  • Risalah telah diedarkan kepada ibu bapa semasa Hari Diskusi SMK Seri Aman. Sebanyak 250 risalah telah diedarkan.
  • Semasa Hari Larian 1Pelajar 1Sukan 1Malaysia, guru-guru penasihat dan ahli Kelab Alam Sekitar telah mengedarkan risalah-risalah kepada penduduk Felda Bukit Aping Barat. Sebanyak 250 risalah telah pun diedarkan

Signifikan Projek:
Menanamkan sikap berjimat cermat di kalangan masyarakat serta menambah pengetahuan dan pengalaman masyarakat mengenai amalan-amalan mesra alam yang boleh di contohi untuk kebaikan bersama
Memastikan  persekitaran rumah, sekolah, pejabat dan kawasan perkampungan sentiasa berada dalam keadaan bersih
Mewujudkan rasa tanggungjawab dan kepimpinan kepada ahli kelab alam sekitar dalam melaksanakan tugas yang diberikan

Takrif istilah-istilah Pengguna:
Konsep kitar semula – Kitar semula adalah merujuk kepada memperbaharui atau menggunakan semula barang-barang terbuang dan terpakai untuk dijadikan sebagai bahan-bahan mentah. Program alam sekitar atau kitar semula amat baik dan sesuai dijalankan bagi mengatasi masalah alam sekitar.
Pencemaran - Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan. Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam: pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran laut, pencemaran bunyi, pencemaran tanah, pencemaran haba, pencemaran sungai dan kolam.
Mesra Alam – Mesra alam adalah prihatin terhadap pemuliharaan alam sekitar.

Kumpulan Sasaran:
Semua warga sekolah SMK Seri Aman dan penduduk-penduduk Felda Bukit Aping Barat.

Batasan Projek:
  1. Memerlukan kerjasama dari orang ramai untuk membaca dan menyimpan risalah yang telah diedarkan bagi menambah pengetahuan mereka 
  2. Memerlukan masa yang sesuai supaya ahli kelab alam sekitar dapat bergerak bersama-sama untuk mengedarkan risalah amalan mesra alam ini kepada orang ramai dan warga pejabat Felda.


Objektif Projek yang akan dicapai kepada pengguna:
  1.  Memberi pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat mengenai amalan-               amalan mesra alam yang boleh diikuti dan dicontohi untuk kebaikan bersama.
  2.  Meningkatkan keprihatinan masyarakat agar menjadikan endah persekitaran                  sebagai salah satu cara hidup yang lestari.
  3. Meningkatkan kualiti persekitan kawasan rumah, sekolah, pejabat dan kawasan             perkampungan sebagai satu tempat yang bersih, ceria dan menyenangkan.
  4. Memupuk semangat cintakan kebersihan.
  5. Memupuk rasa tanggungjawab setiap orang sebagai pengguna terhadap             kepentingan penjagaan alam sekitar.

Harapan Terhadap Program yang dijalankan:
  • Mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada semua pihak iaitu warga SMK Seri Aman dan penduduk-penduduk setempat dalam memastikan kejayaan program.
  • Dapat memupuk semangat kerjasama di kalangan semua pihak dalam menjalankan tugasan yang diberikan.
  • Memberikan kesedaran kepentingan penjaan alam sekitar.
  • Memberi impak yang besar kepada warga sekolah tentang kepentingan menjaga alam sekitar bagi menjaga kesejahteraan hidup generasi akan datang

   


No comments:

Post a Comment