SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI AMAN,KOTA TINGGI,JOHOR

SEK MEN SERI AMAN DALAM LESTARI

PROGRAM SEKOLAH LESTARI - ANUGERAH ALAM SEKITAR
SMK SERI AMAN, KOTA TINGGI, JOHOR
TAHUN 2011 HINGGA 2012
1. PENDAHULUAN
Pendidikan dan kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar memerlukan pengetahuan, kefahaman, perubahan sikap dan penyertaan masyarakat. Perkara ini perlu dipupuk seawal mungkin kerana ia akan menjadi faktor penentu ke arah amalan cara hidup yang lestari pada masa akan datang. Satu cara yang berkesan untuk memupuk kesedaran tentang alam sekitar adalah melalui institusi pendidikan terutamanya sekolah.
2. VISI SEKOLAH LESTARI
Menjadikan SMK Seri Aman, Kota Tinggi sekolah lestari, Sekolah Dalam Taman, seimbang, menyeluruh dan cinta akan alam sekitar
3. MISI SEKOLAH LESTARI
Membudayakan pendidikan alam sekitar melalui proses pendidikan tentang alam sekitar melalui tenaga pengajar yang berketrampilan, inovasi, prasarana sekolah yang kondusif, ceria berinformasi melalui gerak kerja bersepadu warga dan komuniti setempat.
4. KONSEP SEKOLAH LESTARI
4.1 Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar berkonsepkan pendekatan menyeluruh yang melibatkan semua lapisan warga sekolah bersama keluarga, komuniti setempat, kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).Konsep ini juga menitikberatkan pendekatan bersepadu dalam pengurusan, kurikulum, ko-kurikulum dan penghijauan di sekolah
4.2 Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar merupakan pusat pembelajaran dan pengajaran yang dapat mempengaruhi warga sekolah dan masyarakat ke arah kehidupan yang lestari.

4.3 Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar bertujuan untuk membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, ko-kurikulum dan penghijauan kawasan sekolah. Melalui program ini, elemen pendidikan alam sekitar dapat diterapkan pada kalangan guru dan pelajar secara langsung dan komuniti setempat secara tidak langsung dengan mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni alam sekitar dalam kurikulum dan ko-kurikulum
4.4 Penglibatan warga sekolah dalam aktiviti Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar memberi peluang kepada mereka untuk mengamal, menghayati dan membudayakan ciri-ciri mesra alam di persekitaran sekolah, rumah, komuniti setempat, masyarakat dan akhirnya di peringkat negara.
4.5 Definisi Pendidikan Alam Sekitar ialah ”Pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di bumi. Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.”

No comments:

Post a Comment