SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI AMAN,KOTA TINGGI,JOHOR

GOTONG ROYONG PERDANA



Pengenalan Projek:
  • Gotong royong perdana merupakan satu kerja amali yang menjadi komponen penting dalam kurikulum Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Para pelajar perlu menjalankan kerja amali ini dalam bentuk khidmat masyarakat. Pelajar juga dikehendaki melaksanakan projek ini sekurang-kurangnya 10 jam setahun dan menyediakan laporan. Projek khidmat masyarakat ini disarankan bertujuan membantu pelajar merealisasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik yang dipelajari di dalam kelas. Melalui projek khidmat masyarakat ini, diharapkan pelajar dapat meningkatkan keyakinan diri serta memupuk semangat kerjasama dengan komuniti setempat selain memberikan sumbangan untuk memperbaiki suasana setempat.
Latarbelakang projek:
  • Gotong royong perdana fasa pertama telah dilaksanakan bagi pelajar tingkatan1, 2 dan 4 pada hari Rabu, 20 Julai 2011. Gotong royong ini bertujuan untuk membersihkan kawasan sekolah melalui program khidmat masyarakat.bagi mata pelajaran sivik. 
Matlamat projek:
  1. Mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik serta kewarganegaraan di luar kelas. 
  2. Memberikan sumbangan kepada sekolah, masyarakat dan negara 
  3. Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab masyarakat dan Negara 
Objektif Projek:
  1. · Membina keyakinan dalam diri pelajar 
  2. Memupuk sikap bertanggungjawab pada diri pelajar untuk menjaga keindahan dan kebersihan sekolah 
  3. Mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik yang telah dipelajari 
  4. Memberikan sumbangan kepada masyarakat setempat 
  5. Memastikan persekitaran sekolah bersih dan cantik 

No comments:

Post a Comment