Limau mandarin amat popular semasa musim perayaan Tahun Baru Cina atau
Gong Xi Fa Chai. ‘Oren’ dalam bahasa Cina bermaksud ‘Emas’ atau
‘keberuntungan’. Setiap tahun limau mandarin ini dibeli berkotak-kotak.
Sebenarnya kulit-kulit limau mandarin ini boleh dimanfaatkan dalam
amalan hidup seharian.
- Penyegar Ruang (air freshner) – letakkan kulit limau di dalam uncang telur / gula-gula terpakai yang anda perolehi semasa menghadiri jemputan perkahwinan. Gantungkan di bilik anda. Bilik anda akan berbau segar dengan ‘Haruman Sitrus’.
- Pengenyah Bau - Kulit limau yang disiat-siat dan diletakkan di dalam tong sampah dapat menghilangkan atau mengurangkan bau yang tidak menyenangkan dari tong sampah di dapur anda.
- Penghalau pepijat – minyak yang ada pada kulit limau menjadi penghalau serangga semulajadi.
- Pengawal Taman – taburkan cebisan-cebisan kulit limau di taman atau halaman anda untuk menghindar kucing daripada membuang najis di situ. Kucing amat tidak menyukai bau minyak kulit limau
- Penyental sinki. – gunakan kulit limau segar untuk menyental sinki anda yang kusam. Minyak kulit limau adalah pembersih unggul yang akan menjadikan sinki anda bersinar kembali.
No comments:
Post a Comment