SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI AMAN,KOTA TINGGI,JOHOR

MINGGU ____ SAMBUTAN HARI BUMI 2012


sEJARAH HARI BUMI 22 april

                Pada September 1969, dalam satu persidangan di Seattle, Washington, Senator A.S. Gaylord Nelson mengumumkan bahawa pada musim bunga 1970 akan diadakan satu demonstrasi di seluruh negara bagi menyokong usaha pemulihan terhadap alam sekitar. Senator Nelson pada mulanya mencadangkan bantahan alam sekitar di seluruh negara untuk menjadikan alam sekitar sebagai agenda negara. Katanya, “Ia satu pertaruhan, tetapi ia pasti berjaya.” Pada 22 April 1970 dikatakan hampir 20 juta rakyat Amerika Syarikat memenuhi taman dan auditorium bagi menyokong cadangan Senator Nelson. Hari Bumi pertama menjadi pembuka jalan terbentuknya United States Environmental Protection Agency/US EPA.


Lima bulan sebelum Hari Bumi 22 April yang pertama, pada Ahad, 30 November 1969, The New York Times telah mengeluarkan rencana yang melaporkan peningkatan aktiviti mempertahankan alam sekitar di seluruh Amerika. Rencana ini telah ditulis oleh Gladwin Hill yang merupakan salah seorang aktivis alam sekitar. Sebenarnya perjuangan Gaylord Nelson mempertahankan alam sekitar bermula sekitar 7 tahun sebelum Hari Bumi pertama diraikan. Setiap tahun, Hari Bumi 22 April dirai sebagai tanda ulang tahun kelahiran gerakan alam sekitar moden. Pada tahun 1990, kesedaran menyambut Hari Bumi mulai berkembang secara global. Sekitar 200 juta orang dari 141 negara di dunia telah terlibat dalam menjayakan sambutan ini dan  ianya telah menjadi isu global dalam memelihara  bumi dari terus tercemar.


Bagaimana Kita Nak Menjaga Bumi Kita??

  1. Gunakan prinsip 3R  (Reuse, Reduce, Recycle) dalam kehidupan seharian.
  2. Kurangkan penggunaan beg plastik.
  3. Jangan lakukan pembakaran terbuka.
  4. Jangan membuang sampah merata-rata.
  5. Tanam lebih banyak pokok.
  6. Jimatkan penggunaan air dan elektrik.





No comments:

Post a Comment