SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI AMAN,KOTA TINGGI,JOHOR

PROGRAM 1 WARGA 1 POKOK

Latarbelakang Projek.
  • Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) 2011 telah dilancarkan di SMK Seri Aman, Kota Tinggi, Johor. Program ini dilancarkan bertujuan untuk memupuk semangat cintakan alam sekitar dan menceriakan persekitaran sekolah. Bagi menjayakan SLAAS, satu program telah dirancang yang melibatkan semua kakitangan dan pelajar SMK Seri Aman. Program ini dinamakan “Kempen Penghijauan 1 Warga 1 Pokok”. Program ini dijalankan bagi memastikan persekitaran sekolah kelihatan lebih ceria dengan pelbagai jenis fauna. Di samping itu, program ini dapat menarik penyertaan daripada penjaga pelajar untuk terlibat sama dengan memberikan satu pokok untuk disumbangkan kepada pihak sekolah. 
Matlamat Projek
  • Membentuk sahsiah warga SMK Seri Aman, Kota Tinggi, Johor yang mantap dalam mencintai dan menghargai alam sekitar. 
Objektif Projek 
  1. Dapat melahirkan warga sekolah yang cintakan akan keindahan dan keceriaan. 
  2. Dapat memupuk sikap bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar. 
  3. Dapat memupuk semangat perpaduan dan ikatan silaturrahim di antara warga sekolah dan masyarakat setempat. 
Faedah Projek
  1. Menambah jumlah pokok bagi menceriakan kawasan sekolah. 
  2. Menambah kawasan untuk dijadikan taman-taman perhiasan sekolah. 
  3. Mewujudkan sudut ilmiah untuk dijadikan kajian terdapat pokok-poko yang ditanam. 
Penglibatan
  • Semua warga SMK Seri Aman dan masyarakat setempat.

3 comments: