SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI AMAN,KOTA TINGGI,JOHOR

PROJEK MEMBUAT BAJA KOMPOS

Latarbelakang projek:
  • Kompos adalah sejenis baja organik. Membuat kompos adalah cara semulajadi bahan organik di kitar semula. Ianya adalah proses di mana bahan-bahan organik di reputkan oleh mikrorganisma dalam keadaan beroksigen. Proses pereputan ini adalah penting kerana ia menukar sisa organik daripada menjadi bahan pencemar alam seperti bau dan toksik kepada bahan yang berguna dan menguntungkan. Hasil daripada proses ini ialah kompos yang membawa impak baik kepada alam sekitar dan boleh digunakan sebagai baja semulajadi untuk perkebunan dan pertanian 
Matlamat projek: 
  • Menggalak pelajar sekolah mengitar semula sisa buangan daripada dapur kantin atau hasil pertanian untuk dijadikan baja organik. Baja organik yang dihasilkan seterusnya dapat diaplikasikan kepada projek tanaman yang telah sedia ada atau baru diusahakan 
Objektif Projek: 
  1. Memastikan persekitaran sekolah bebas daripada pencemaran bau daripada sisa buangan dari kantin sekolah. 
  2. Menggalakkan pelajar mencintai alam sekitar melalui aktiviti kitar semula sisa bahan buangan. 
  3. Mewujudkan rasa tanggungjawab para pelajar untuk menjaga alam sekitar. 
  4. Mengalakkan warga sekolah khususnya memelihara kualiti alam sekitar melalui aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan 
Faedah Projek: 
  1. Menguntungkan alam semulajadi dengan mengitar semula bahan-bahan sumber organik yang bernilai. 
  2. Menjimatkan wang daripada membeli baja dan bahan penggalak untuk tumbuhan. 
  3. Memainkan peranan sebagai perawat tanah dan menambah isipadu tanah. 
  4. Menjimatkan air dengan memeggang dan menyimpan kelembapan dalam tanah.
Pengelibatan pelajar:
  • Pelajar Tingkatan 1C dan 1D Kemahiran Hidup Bersepadu 3 (Pilihan Pertanian) – Tajuk Menanam Sayuran dan Membuat Kompos 
  • Pelajar Tingkatan 5A Elektif Sains Pertanian – tajuk Bioteknologi (Membuat Kompos) 
  • Ahli Persatuan Sains Pertanian dan Kelab Alam Sekitar 
Peringkat Membuat Baja Kompos 

  1. Projek membuat baja kompos ini dijalankan pada setiap tahun. PembinaanTimbunan kompos pertama pada tahun 2011 telah dilakukan oleh pelajar Tingkatan 1 C dan 1 D semasa amali menanam sayuran dan membuat baja kompos pada 12.3.2011. Proses pereputan berjalan selama 2 bulan. 
  2. Timbunan kompos berikutnya telah dibuat pada bulan Jun oleh pelajar Tingkatan 5A melalui kerja amali bioteknologi. Kedua-dua timbunan kompos ini dibuat di kawasan terbuka. 
  3. Peringkat ketiga dijalankan oleh ahli Kelab Sains Pertanian dan Persatuan AlamSekitar. Timbunan kompos ini dibuat daripada tandan buah sawit yang diambil dari Kilang Sawit Kim Loong, Jalan Mawai. Untuk membantu pereputan bahan ini, pelajar telah menyiram timbunan kompos dengan IMO 2 yang telah dibuat dan dihasilkan oleh ahli PAS dan guru penasihat. Timbunan kompos ini telah dibuat dalam petak konkrit.

No comments:

Post a Comment