SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI AMAN,KOTA TINGGI,JOHOR

PROJEK PELUPUSAN BAHAN BUANGAN SECARA TERANCANG DI DALAM BILIK DARJAH


Latarbelakang projek:

Tujuan projek pelupusan bahan buangan secara terancang di dalam bilik darjah dijalankan adalah untuk  memusatkan aktiviti pelupusan bahan bercetak. Amalan pelupusan yang dijalankan pada masa ini didapati banyak bahan-bahan hanya dibakar atau dibuang begitu sahaja. Aktiviti pelupusan bahan terutamanya kertas dibakar atau dibuang  adalah amat  merugikan dan oleh yang demikian sekolah telah mengadakan program pelupusan bahan dengan mengumpul dan menjual kertas-kertas yang terpakai yang boleh  dijual untuk tujuan diproses semula. Ini sekurang-kurangnya akan mendatangkan sedikit hasil kepada sekolah.
Sumber alam di bumi kita semakin berkurangan pada masa sekarang. Sumber-sumber tersebut akan kehabisan pada suatu masa nanti.Jadi, program kitar semula dilancarkan adalah untuk menjimatkan penggunaan sumber alam pada masa yang sama program ini juga dapat membantu menjimatkan kos Oleh itu, warga SMK Seri Aman haruslah menyokong program ini dengan sepenuh hati dan kitar semula bahan buangan kerana aktiviti  ini akan mendatangkan pelbagai kebaikan kepada kita dan sekolah.

Matlamat projek:

Memupuk kesedaran tentang kepentingan kitar semula bahan-bahan buangan.

Objektif Projek:

·         Mewujudkan persekitaraan yang lebih sihat dan bersih.
·         Memastikan pelajar-pelajar mengurangkan pembuangan kertas yang terpakai.
·         Menanam sikap berjimat cermat dan mengurangkan pembaziran.
·         Menanam nilai kasih sayang terhadap alam sekitar demi kesejahteraan sejagat di muka bumi ini.

Faedah Projek:

·         Pelupusan bahan dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
·         Kitar semula dapat menjimatkan kos untuk jangka panjang.
·         Kitar semula dapat menjimatkan sumber bahan.
·        Mewujudkan kerjasama, tanggungjawab, prihatin dan kasih sayang terhadap alam sekitar dan sekolah.

No comments:

Post a Comment