SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI AMAN,KOTA TINGGI,JOHOR

STESEN PEMBELAJARAN/PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MERENTAS KURIKULUM


Objektif/Matlamat Projek
  1. Mendapat pengalaman, pengetahuan dan kefahaman asas tentang alam sekitar dan masalah-masalahnya. 
  2. Lebih sedar, peka dan prihatin terhadap alam sekitar dan masalah yang berkaitan dengannya. 
  3. Memperoleh nilai dan memupuk sikap yang positif cintakan alam sekitar dan bermotivasi untuk terlibat secara aktif dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. 
  4. Memahami bahawa pembangunan Negara harus diteruskan dengan menggunakan sumber-sumber semulajadi yang ada secara terancang. 
  5. Menguasai kemahiran yang diperlukan bagi mengenalpasti masalah alam sekita dan penyelesaiaannya. 
  6. Berpeluang melibatkan diri secara aktif dalam penyelesaian masalah alam sekitar. 
Faedah
  1. memberi kesedaran dan menanam sikap bertanggungjawab bahawa manusia perlu 
  2. hidup secara harmonis dengan alam sekitarnya. 
  3. memberi kefahaman dan rasa cinta terhadap alam semulajadi

Status Kemajuan Pelaksanaan Projek/Pencapaian

  1. Pendidikan Alam Sekitar Di Dalam Kelas 
  • Pendidikan alam sekitar merentas kurikulum telah dijalankan di dalam kelas pada tahun. Berikut adalah dapatan kekerapan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas mengikut bidang matapelajaran

Sains & Matematik
Bahasa
Teknik & Vokasional
Sains Sosial
90 kali
54 kali
14 kali
132 kali
      2.  Stesen Pembelajaran

  • Pada tahun 2011, sebanyak 7 stesen pembelajaran telah dibina untuk tujuan pembelajaran., walaubagaimanapun pada November 2011 beberapa stesen pembelajaran telah ditambah antaranya ialah stesen hidupan laut, stesen –stesen ini sedikit sebanyak membantu dalam proses PdP di di bilik darajh. Terdapat sebahagian guru yang menggunakan modul yang disediakan manakala yang selebihnya menggunakan bahan yang disediakan sendiri mengikut kesesuaian PdP yang dijalankan.

No comments:

Post a Comment