SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI AMAN,KOTA TINGGI,JOHOR

BENGKEL KRAFTANGAN

Latarbelakang projek:
  • Bahan yang dibuang setiap hari oleh orang ramai tidak semuanya merupakan sampah. Bahkan lebih daripada separuh masih boleh diguna semula atau dikitar semula. Oleh sebab itu adalah amat perlu generasi muda dididik untuk mengurus sampah agar lestari menjadi sebahagian daripada amalan hidup masyarakat. 
Matlamat projek:
  • Menggalak pelajar sekolah mengitar semula bahan buangan yang terdiri daripada kertas, kaca, botol plastik dan lain-lain seterusnya dapat diaplikasikan dalam penghasilan bahan kraftangan yang kreatif dan inovatif. 
Objektif Projek:
  1. Menggalakkan pelajar mencintai alam sekitar melalui aktiviti kitar semula bahan buangan. 
  2. Memupuk bakat dan kreativiti pelajar dalam menghasilkan pelbagai kraftangan yang menarik daripada bahan buangan. 
  3. Mewujudkan rasa tanggungjawab para pelajar untuk menjaga alam sekitar. 
  4. Mengalakkan warga sekolah khususnya memelihara kualiti alam sekitar melalui aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan
Signifikan Projek:
  • Menanamkan sikap kreatif dan inovatif di kalangan pelajar serta menambah pengetahuan dan pengalaman pelajar mengenai konsep mesra alam dan kitar semula 
  • Mewujudkan rasa tanggungjawab dan kepimpinan kepada setiap pelajar dalam melaksanakan tugas yang diberikan. 
Takrif istilah-istilah Pengguna: Konsep kitar semula 
  • Kitar semula adalah merujuk kepada memperbaharui atau menggunakan semula barang-barang terbuang dan terpakai untuk dijadikan sebagai bahan-bahan mentah. Program alam sekitar atau kitar semula amat baik dan sesuai dijalankan bagi mengatasi masalah alam sekitar

No comments:

Post a Comment