SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI AMAN,KOTA TINGGI,JOHOR

Ekspedisi Lestari Gunung Panti

Latarbelakang projek
  • Pembelajaran akan lebih berkesan menerusi pengalaman langsung (experiental learning). Salah satu cara untuk membekalkan pengalaman itu ialah melalui aktiviti pendidikan luar kelas. 
  • “Ford (1981) mendefinisikan aktiviti luar sebagai program yang meliputi penggunaan persekitaran semulajadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum yang sedia ada. Ini merangkumi pengembangan pengetahuan, kemahuan dan sikap khususnya dalam penggunaan waktu senggang” 
  • Para peserta yang menyertai ekspedisi ini ditugaskan untuk mendalami dan membuat kajian kes tentang bidang-bidang yang ada kaitannya dengan tempat yang akan dilawati serta membuat kerja amal. 
Skop ekspedisi
  1. Mendalami pengetahuan mengenai alam sekitar 
  2. Membina sikap yang sihat terhadap persekitaran dan alam semula jadi 
  3. Membina kualiti kepemimpinan individu dan kumpulan 
  4. Berpegetahuan, berkemahiran dan mengaplikasi dalam situasi yang realistik 
  5. Menggunakan kemahiran psikomotor dan berinteraksi dengan alam semula jadi 
Matlamat projek
  • Matlamat aktiviti Ekspidisi Gunung Panti, ini untuk melahirkan warga SMKSA yang sihat tubuh badan, bersemangat dan berdaya saing, ketahanan mental yang tinggi, kawalan emosi yang baik, kepekaan terhadap alam sekitar, budaya penyayang dan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan pengisian Wawasan 2020. 
Objektif Projek
  1. Menjadi insan yang bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar, menghargai kewujudannya dan menyayangi keindahannya. 
  2. Membina keyakinan diri untuk menghadapi cabaran, bertanggungjawab terhadap tugas dan mempunyai ciri-ciri kepemimpinan. 
  3. Menunjukkan kepekaan dan keperihatinan terhadap keindahan dan kekayaan alam semula jadi termasuk isu dan masalah alam sekitar. 
  4. Menunjukkan sikap yang positif, kesedaran sivik, semangat kewarganegaraan dan memupuk patriotisma yang tinggi. 
  5. Menyedari kepentingan kecergasan fizikal di dalam menjalankan pelbagai aktiviti.

No comments:

Post a Comment