SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI AMAN,KOTA TINGGI,JOHOR

ENVIRONT - RUN 2011

Pengenalan projek
  • Environt Run merupakan salah satu daripada aktiviti yang boleh dijalankan oleh pihak sekolah dalam usaha untuk menyediakan suasana persekitaran yang hijau dan segar bagi warga sekolah disamping memberi kesedaran tentang peranan dan fungsi alam sekitar terhadap kehidupan manusia. Selain daripada aktiviti larian, peserta yang terlibat boleh menikmati udara segar kerana larian ini melibatkan kawasan hijau dipersekitaran. Ini menambahkan lagi semangat dalam larian itu sendiri. 
Objektif / matlamat 
  1. Memberi kesedaran kepada semua peserta larian tentang peri pentingnya mengekalkan kesegaran persekitaran daripada sebarang musibah yang bakal memberi ancaman terhadap alam sekitar. 
  2. Mendidik peserta larian tentang kepentingan untuk menjaga kehijauan persekitaran. 
  3. Memupuk minat dalam kalangan peserta larian dalam usaha membantu pihak-pihak tertentu dalam usaha mencegah kemusnahan persekitaran. 
Faedah
  1. Peserta larian dapat menikmati kesegaran udara kerana larian ini melibatkan kawasan-kawan hijau seperti kawasan pokok dan kebun. 
  2. Dapat menyihatkan tubuh badan disamping mencergaskan minda. 
  3. Membantu peserta meningkatkan daya tahan kardiovaskular dan secara tidak langsung menguatkan kemampuan jantung untuk mengepam oksigen dalam darah. 
Pihak yang terlibat dalam pelaksanaan projek
  1. Pihak pentadbiran sekolah 
  2. Jawatankuasa Pengelola projek 
  3. Semua warga pendidik dan staf 
  4. Semua pelajar sekolah 
  5. PIBG

No comments:

Post a Comment