SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI AMAN,KOTA TINGGI,JOHOR

PROJEK PENGUMPULAN BARANGAN ELEKTRIK BUANGAN (e-waste)

Pengenalan Projek:
  • Latarbelakang projek: Projek ini adalah salah satu program Sekolah Lestari untuk membudayakan dalam kalangan warga sekolah agar melupuskan barangan elektronik mengikut garis panduan yang betul. Projek ini sememangnya perlu diperkasakan kerana ianya amat berguna untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian manusia. Pihak kami berpendapat barangan elektronik yang ada begitu banyak dan ianya banyak dilupuskan dengan cara yang tidak mesra alam. 
Matlamat projek:
  • Menggalak pelajar sekolah mengumpulkan barangan elektrik yang telah rosak atau tidak boleh digunakan di rumah untuk dibawakan ke sekolah. 
Objektif Projek:
  • Mengumpul seberapa banyak produk elektrik dan elektronik yang perlu dilupuskan 
  • Mengumpul produk elektrik dan elektronik di semua premis dan pejabat kerajaan berhampiran sekolah. 
  • Mengadakan pameran di sekolah tentang e-waste 
  • Menjemput Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor untuk mengambil dan membeli barangan e-waste. 
Takrif istilah-istilah Pengguna:
  • Konsep e-waste – E-waste merupakan barangan elektrik dan elektronik yang sudah tidak mahu digunakan atau sudah rosak. Mengikut definisi Eropah e-waste ialah (Waste Electrical and Electronic Equipment (WEEE) and Restriction of Hazardous Substances (RoHS). Pengurusan bahan-bahan elektrik ini adalah amat penting. 
  • Pencemaran - Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan. Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam: pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran laut, pencemaran bunyi, pencemaran tanah, pencemaran haba, pencemaran sungai dan kolam. 
Kumpulan Sasaran:
  • Semua warga sekolah SMK Seri Aman

No comments:

Post a Comment