SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI AMAN,KOTA TINGGI,JOHOR

PROJEK KITAR SEMULA


Pengenalan Projek:
Kitar semula adalah di antara cara untuk kita menjaga alam sekitar. Melalui kitar semula kita akan dapat mengumpul barang-barang dan bahan-bahan terpakai yang boleh dikitar semula agar barang-barang tersebut tidak menjadi sampah sarap yang boleh mencemarkan alam sekitar.

Latarbelakang projek
Projek ini bermula secara kecil-kecilan.iaitu bahan yang boleh dikitar semula dikumpulkan dan kemudiannya dijual di pusat kitar semula di Bandar Kota Tinggi. Kelab BAKTI SMK Seri Aman menjadi perintis untuk projek kitar semula di sekolah ini. Keputusan mesyuarat memutuskan sampah dari bilik guru terutamanya kertas akan dikumpul dan kemudiannya dihantar ke pusat kitar semula. Ini sebagai satu contoh teladan yang baik kepada pelajar tentang penjagaan alam sekitar di peringkat sekolah.

Matlamat projek:
Menggalak warga sekolah agar peka dengan tanggungjawab menjaga alam sekitar dengan cara mengumpul barang-barangan yang boleh dikitar semula.

Objektif Projek:
·         Memastikan persekitaran sekolah dalam keadaan bersih
·         Menggalakkan pelajar mencintai alam sekitar melalui aktiviti kitar semula
·         Mewujudkan rasa tanggungjawab para pelajar untuk menjaga alam sekitar.
·         Mengalakkan warga sekolah khususnya memelihara kualiti alam sekitar melalui aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan

No comments:

Post a Comment