SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI AMAN,KOTA TINGGI,JOHOR

MINGGU ALAM SEKITAR & SAMBUTAN HARI BUMI

Latarbelakang projek:
  • Bumi ini adalah satu amanah yang perlu dijaga demi kesejahteraan hidup manusia sejagat. Oleh sebab itu setiap individu perlu sama-sama bertanggungjawab dan memainkan peranan menjaga alam sekitar. Menyedari hakikat ini, SMK Seri Aman mengambil inisiatif meraikan Minggu Alam Sekitar bagi membangkitkan kesedaran mengenai alam sekitar. Sebagai sebuah institusi pendidikan, SMK Seri Aman mampu menyemai pemikiran dan sikap cinta akan alam sekitar. 
Matlamat projek:
  • Melahirkan warga SMK Seri Aman dan masyarakat setempat yang lebih sedar, peka dan prihatin terhadap alam sekitar serta membentuk persekitaran sekolah yang kondusif. 
Objektif Projek:
  • Meningkatkan tahap kesedaran seluruh warga SMK Seri Aman dan masyarakat setempat mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar; 
  • Meningkatkan keprihatinan seluruh warga SMK Seri Aman dan masyarakat setempat agar menjadikan endah persekitaran sebagai satu cara hidup yang lestari; 
  • Meningkatkan kualiti persekitaran sekolah sebagai satu tempat yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. 
  • Memberikan panduan kepada masyarakat setempat cara-cara menjaga alam sekitar dengan melaksanakan amalan mesra alam di sekolah, di rumah, di pejabat dan semasa membeli-belah. 
Faedah Projek:
  • Seluruh warga SMKSA lebih memahami konsep “alam sekitar” dan “lestari” 
  • Seluruh warga SMKSA dan masyarakat setempat menyedari tanggungjawab menjaga alam sekitar 
  • Semua pihak –pelajar,guru,staf dan masyarakat luar bersama-sama berganding bahu meningkatkan kualiti persekitaran sekolah. 
  • Menghijaukan kawasan sekolah dengan tanaman yang memberi banyak kebaikan kepada alam sekitar dan persekitaran pembelajaran. 
Pengelibatan dan sasaran
  • Semua pelajar (630 orang) 
  • Semua Guru dan Kakitangan Sokongan (59 orang) 
  • Pekerja Swasta dan Pekerja Kantin (15 orang) 
  • Masyarakat setempat melalui hebahan dan kempen

No comments:

Post a Comment