SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI AMAN,KOTA TINGGI,JOHOR

MINGGU ___ 'AIR' ITU MAKANAN & PENAWAR


7  Keajaiban Air Kepada Manusia:
  1. Menambahkan kekuatan tenaga. Mengangkut zat makanan dan oksigen ke sel-sel
  2. Meningkatkan keupayaan mental dan fizikal.
  3. Membuang toksin dan bahan-bahan yang tidak diperlukan badan.
  4. Menyihatkan kulit dan membuatkannya berseri.
  5. Melegakan sakit kepala.  Melembutkan dan melincirkan sendi-sendi
  6. Memperbaiki sistem pencernaan.
  7. Menyejukkan suhu badan dan menyeimbangkan pH badan.
: Jika bekalan AIR berkurangan, masalah-masalah berikut akan timbul:
  1. Darah bertambah pekat dan alirannya akan terganggu
  2. Bila pekat, sel-sel immune mengalami kesukaran bergerak dan memerlukan lebih banyak tenaga. Akibatnya, sistem ketahanan ("immune system") tergugat.
  3. Bahan-bahan racun dalam badan tidak dapat dialirkan keluar
  4. Organ-organ tidak cukup air untuk disiram (atau 'flush')
  5. Masalah batu karang mudah timbul
  6. Lemak mudah terlekat di tisu-tisu: akibatnya - mudah gemuk
  7. Otot-otot bertambah lembek dan tidak kental atau kuat
  8. Proses dan mutu penghadaman akan merosot
  9. Bahan-bahan makanan yang tidak dihadam menjadi busuk
  10. Kelebihan racun yang tidak dibuang menggugat sel-sel
  11. Kerana sel-sel tergugat, kelebihan air akan bertakung
  12. Vitamin, zat galian dan enzim-enzim lain tidak dapat diproses dan tidak dapat disalurkan ke sel-sel dan tisu-tisu.
KEPERLUAN AIR SETIAP HARI
·             Dewasa memerlukan 8-15 gelas air sehari; bagi anak … 8-10.
·             Jika bersenam atau semasa cuaca panas, air ditambah 13-14 gelas sehari
·         Bagi orang-orang yang berat badannya berlebihan, tambahan diperlukan setiap hari, iaitu 1 gelas ditambah bagi setiap 10-11kg berat badan yang berlebihan. 




No comments:

Post a Comment