1.Tandas
1. Gunakan tandas yang mempunyai
keupayaan curahan yang rendah (contohnya memilih sistem curahan yang
berkeupayaan sebanyak 6 liter atau kurang) atau letakkan sebotol air ke dalam
tangki curahan untuk mengurangkan air yang dicurah.
2. Kurangkan kekerapan curahan
dalam sehari.
3. Sentiasa melakukan
pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran. Masukkan pewarna ke dalam
tangki curahan dan memeriksa sekiranya terdapat air berwarna yang meleleh
keluar ketika dan selepas curahan.
2. Bilik Mandi
1. Kurangkan masa mandian dan
gunakan pancuran mandian bertekanan rendah.
2. Letakkan sebuah baldi
berhampiran dengan pancuran ketika mandi untuk mengumpul air yang berlebihan. Gunakan untuk mencurah
tandas atau menyiram taman.
3. Tutup pancuran mandian
ketika bersabun.
3. Sinki
1. Jangan biarkan air mengalir
ketika mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur. Cara terbaik ialah
menggunakan air di dalam bekas.
2. Baiki sebarang paip yang bocor
atau yang sentiasa menitiskan air.
4. Dapur
1. Jangan gunakan air yang mengalir
untuk mencuci pinggan dan mangkuk, gunakan air yang ditadahkan di dalam sinki.
2. Pastikan paip ditutup dengan
ketat untuk mengelakkan air terus menitis.
3. Cuci sayur-sayuran, buah-buahan
atau makanan di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air mengalir.
4. Pastikan mesin basuh penuh muatan
cucian kerana setiap cucian akan menggunakan air yang sama walaupun pakaian
hanya sedikit sahaja.
No comments:
Post a Comment