SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI AMAN,KOTA TINGGI,JOHOR

MINGGU ____ TIPS PENJIMATAN AIR (BHGN 2)


5. Taman
1. Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagi untuk mengelakkan kehilangan air melalui penyejatan akibat daripada kepanasan.
2.  Jangan menyiram pokok bunga secara berlebihan dan elakkan penyiraman ketika musim hujan.
3. Gunakan penyapu untuk membersihkan kawasan luar rumah dan tepi rumah serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap.
4.  Sebaik mungkin gunakan bekas tadahan bagi menyiram taman.

6. Garaj
1.  Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan penggunaan salur getah.
2. Elakkan tumpahan minyak kerana minyak memerlukan air yang banyak dan sabun untuk membersihkannya.

7. Lain-lain
1. Sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap sistem paip dalaman di rumah untuk mengelakkan sebarang kebocoran.
2.  Maklumkan sebarang kerosakkan paip kepada pihak berkuasa dengan serta merta.
3.  Galakkan aktiviti-aktiviti kesedaran dan penjimatan air di sekolah yang berhampiran kawasan rumah anda.
4.  Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam penjimatan dan pemuliharaan air.
5. Gunakan air tadahan hujan untuk kegunaan di garaj, di taman dan sekiranya boleh untuk curahan tandas simbah.

No comments:

Post a Comment