1. Padamkan
peralatan elektrik atau lampu, jika tidak digunakan
Jika anda tidak menggunakan sebarang
peralatan elektrik buat jangka masa yang panjang, sila
padamkan dan cabut
palamnya daripada suis. Peralatan yang berada dalam mod siap sedia atau
pengecas bateri yang dipasang masih menggunakan sejumlah tenaga yang kecil..
2. Gunakan lampu neon berkecekapan tenaga
Gunakanlah lampu neon atau floresen
kerana ianya menggunakan tenaga dua pertiga kurang
daripada lampu pijar dan
dapat bertahan enam hingga 10 kali lebih lama. Lampu ini juga kurang
menghasilkan haba.
3. Gunakan mentol watt lebih rendah Daripada menggunakan mentol 100-watt, anda mungkin memerlukan hanya mentol
60watt untuk beberapa bilik dan ruang di rumah anda.
4. Gunakan
peti sejuk anda dengan bijakBiarkan makanan yang dimasak sejuk terlebih dahulu sebelum menyimpannya ke dalam peti sejuk
dan rancang simpanan makanan dan bahan mentah anda dengan bijak dan efisien kerana peti
sejuk yang terlebih muatan akan menggunakan lebih banyak tenaga. Juga pastikan peti sejuk
ditempatkan sekurang-kurangnya 4 inci daripada dinding untuk mengelakkan motor peti sejuk
anda rosak.
5. Optimumkan penggunaan mesin basuh anda
Basuh pakaian anda menggunakan air paip biasa dan
basuhlah dalam kuantiti yang banyak.
Apabila anda ingin membasuh sedikit
pakaian, pilihlah tetapan yang bersesuaian dengan kuantiti
pakaian anda pada
mesin basuh. Cuba
jemur pakaian anda seperti biasa daripada menggunakan
mesin pengering yang
tidak cekap tenaga.
No comments:
Post a Comment