6. Selenggara unit pendingin hawa anda
Bersihkan penapis udara pada pendingin hawa anda kerana
penapis yang terlalu kotor
menggunakan lebih banyak tenaga untuk beroperasi.
Tetapkan suhu pendingin hawa di antara 22
hingga 26 darjah Celsius untuk
keselesaan yang optimum.
Selain daripada memadamkan peralatan elektrik mahupun
lampu yang tidak digunakan, anda juga
boleh menggunakan langsir bagi menapis
sinaran matahari secara langsung ke dalam rumah
anda. Apabila memasak, pastikan
pengaliran udara dengan betul agar haba tidak mengalir ke
ruang lain di rumah
anda.
Peralatan elektrik yang baru
menggunakan kurang tenaga berbanding yang lama. Sebagai
contoh, peti sejuk yand berada di pasaran kini menggunakan kurang 40 peratus
tenaga
berbanding model peti sejuk 10 tahun dahulu.
Jika anda merancang untuk membeli peti sejuk baru,
pastikan anda membuat perbandingan
kecekapan tenaga pada model-model peti sejuk
pilihan anda. Penilaian Kecekapan Tenaga
diperkenalkan oleh Suruhanjaya Tenaga
pada 2005, bertujuan memberikan informasi kepada
pengguna dengan menggunakan
sistem kedudukan melalui bintang berdasarkan kecekapan
tenaga sesuatu model
peralatan elektrik tersebut. Ianya dinilai dengan satu bintang bagi tidak
cekap
sehingga lima
bintang bagi paling cekap tenaga.
No comments:
Post a Comment