SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI AMAN,KOTA TINGGI,JOHOR

MINGGU ___ 3R


Pengurangan sisa pepejal melalui penerapan 3R iaitu
1.       Reduce (Pengurangan)
bermaksud mengurangkan dan mengelakkan daripada membeli barang yang tidak diperlukan. Ianya juga bermaksud pencegahan/pengurangan sisa atau pengurangan sumber dimana penggunaan dan pembuangan barang-barang dikurangkan. Ini termasuklah :
·     Membeli barang yang tahan lama dan tahan lasak,
·     Membeli barang-barang yang dibungkus dari bahan bebas toksik,
·     Mereka bentuk produk supaya mengurangkan penggunaan bahan mentah, mempunyai jangka hayat yang panjang atau boleh diguna pakai semula.

2.      Reuse (Penggunaan Semula)
  •             Penggunaan semula produk termasuklah mempelbagaikan penggunaan bahan dalam mengekalkan bentuk asalnya atau sebagai alternatif dengan atau tanpa perubahan.Dalam kebanyakan situasi, bekas-bekas terpakai boleh digunakan semula sebagai pengganti terhadap pembelian produk baru.
  •             Sebagai contoh, anda boleh mengecas semula bateri yang boleh dicas semula sekerap mungkin bagi mengelakkan pembaziran sisa pepejal berbanding bateri yang tidak boleh dicas. Seterusnya, ia dapat memastikan kita dapat mengurangkan sisa pepejal serta memelihara sumber asli semula jadi. 


3.      Recycle (Kitar Semula)
  •                Memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran       barang baru. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial.


Penerapan amalan 3R di kalangan masyarakat secara tidak langsung dapat mengurangkan penghasilan sisa pepejal daripada dilupuskan ke tapak pelupusan. 


No comments:

Post a Comment