Antara bahan
buangan yang boleh dikitar semula termasuklah aluminium, plastik dan surat khabar.
Aluminium merupakan
bahan yang boleh dikitar semula 100%. Menurut fakta, aluminium boleh digunakan semula dalam tempoh 60 hari
selepas dikitar semula. Aluminium ini juga boleh dikitar semula untuk tujuan yang sama beberapa kali.
Begitulah uniknya sifat aluminium. Selain itu, aluminium yang dikitar semula hanya menggunakan 5% tenaga jika
dibandingkan penghasilan aluminium dengan bahan yang baru. Anda boleh
mengitar semula semua bahan yang diperbuat daripada aluminium, namun mulalah
dengan yang mudah dahulu seperti tin minuman ringan.
Plastik juga
merupakan bahan yang penting untuk dikitar semula kerana penggunaannya meluas
di Malaysia. Lebih banyak yang dikitar semula, maka berkurangan plastik yang
terkumpul di tempat pembuangan sampah. Tenaga yang digunakan untuk menghasilkan
plastik daripada kitar semula hanya 2/3 daripada menghasilkan plastik yang
baru.
Bahan buangan daripada kertas juga
meluas digunakan di negara ini. Contohnya seperti surat khabar, majalah dan
surat. Mengitar semula bahan yang diperbuat daripada kertas ini dapat
memelihara sumber (pokok), menjimatkan tenaga dan mengurangkan keluasan kawasan
pelupusan sampah.
Sebagai masyarakat yang prihatin, kita boleh
mengambil inisiatif dengan membuang
bahan-bahan buangan ini ke dalam tong kitar semula. Terdapat tidak kurang
daripada 165 syarikat kitar semula di Malaysia
No comments:
Post a Comment