SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI AMAN,KOTA TINGGI,JOHOR

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR


1.    Latar Belakang :
      Pendidikan Alam sekitar diperkenalkan ekoran daripada beberapa persidangan antarabangsa:
  •   Persidangan Stockholm, 1972 – Ekologi Manusia
  •   Persidangan Balgade, 1975
  • Persidangan Ketua-ketua Kerajaan di Tsibili, 1977
  • Persidangan Kemuncak Bumi di Rio De Jenerio, 1992 – Agenda 21
  •  Persidangan Ketua-ketua Kerajaan Komenwel, 1989 – Deklarasi Langkawi
2.    Pengertian Pendidikan Alam Sekitar
  • Proses TENTANG alam sekitar, UNTUK alam sekitar, MELALUI alam sekitar
3.    Matlamat Pendidikan Alam Sekitar
  • Membentuk masyarakat yang lebih peka dan prihatin terhadap isu alam sekitar serta memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan komitmen untuk bertindak secara individu atau bersama ke arah penyelesaian isu alam sekitar 
4.    Objektif Pendidikan Alam Sekitar ialah bagi membolehkan pelajar
  1. Mendapat pengalaman, pengetahuan dan kefahaman asas tentang alam sekitar dan masalahnya 
  2. Lebih peka dan prihatin terhadap alam sekitar dan masalah yang berkaitan dengannya 
  3. Memperoleh nilai, memupuk sikap positif, cinta alam sekitar dan bermotivasi untuk terlibat secara aktif dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar 
  4. Memahami bahawa pembangunan negara harus diteruskan dengan membangunkan sumber semulajadi yang ada secara terancang 
  5. Menguasai kemahiran yang diperlukan bagi mengenalpasti masalah alam sekitar dan penyelesaiannya. 
  6. Berpeluang melibatkan diri secara aktif dalam penyelesaian masalah alam sekitar 
5.    Kandungan Pendidikan Alam Sekitar – Merentas kurikulum

6.    Tempat Pelaksanaan : di dalam atau luar kelas

7.    Bagaimanakah Unsur Pendidikan Alam Sekitar Dapat Diserapkan?
  1. Memandangkan degradasi alamn sekitar yang kian meningkat dan telah menimbulkan pelbagai isu seperti pemusnahan hutan, pencemaran, kesan rumah kaca, penipisan lapisan ozon, hakisan dan kepupusan spesies maka adalah penting untuk menyerapkan unsur pendidikan alam sekitar merentas kurikulum.
  2. Matlamat pendidikan alam sekitar adalah untuk membentuk masyarakat (pelajar) yang lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar serta memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan komitmen untuk berusaha dan bertindak secara individu atau bersama ke arah penyelesaian isu-isu alam sekitar. 
  3. Objektif pendidikan alam sekitar adalah untuk pelajar: 
  • mendapat pengalaman, pengetahuan dan kefahaman asas mengenai alam sekitar dan masalahnya. 
  • lebih sedar, peka dan prihatin terhadap alam sekitar dan masalah yang berkaitan dengannya. 
  • memperoleh nilai, memupuk sikap uyang positif, cintakan alam sekitar dan bermotivasi untuk terlibat secara aktif dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. 
  • memahami bahawa pembangunan negara harus diteruskan dengna menggunakan sumber-sumber semula jadi yang ada secara terancang. 
  • menguasai kemahiran yang diperlukan bagi mengenal pasti masalah alam sekitar dan penyelesaiannya. 
  • berpeluang melibatkan diri secara aktif dalam penyelesaian masalah alam sekitar. 

No comments:

Post a Comment