SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI AMAN,KOTA TINGGI,JOHOR

LAPORAN PUSAT SUMBER ALAM SEKITAR


1.      Pengenalan Projek:       
  • Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan salah satu tempat pelajar memperoleh / mencari maklumat berkaitan alam sekitar. Hal ini demikian kerana pihak PSS mempunyai akses dan koleksi bahan berkaitan alam sekitar seperti buku, cd, keratan akhbar dan bahan muatturun daripada internet. Sehubungan itu, bagi  memudahkan warga sekolah mengakses maklumat berkaitan alam sekitar dengan lebih mudah, pihak PSS menyediakan satu sudut khas berkaitan alam sekitar.


1.1  Latarbelakang projek:
  • Projek ini dilaksanakan sepanjang kempen  alam sekitar. Para pengawas pusat sumber dengan bantuan guru menyediakan sudut bahan bacaan berkaitan alam sekitar seperti yang telah dirancangkan. Dari semasa ke semasa, koleksi bahan berkaitan alam sekitar akan ditambah.


1.2  Matlamat projek:
  • Menggalakkan pelajar prihatin dan peka dengan pelbagai info berkaitan alam sekitar. Pelbagai medium berkaitan alam sekitar diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan komitmen pelajar untuk mencintai alam sekitar, sekali gus menjayakan kempen cintai alam sekitar.


1.3  Objektif Projek:

·         Menggalakkan pelajar dan warga sekolah meningkatkan pengetahuan berkaitan alamsekitar.
·         Memupuk rasa cinta dan menghargai alam sekitar dalam kalangan pelajar.
·         Mewujudkan rasa tanggungjawab para pelajar untuk menjaga alam sekitar.
·         Mengalakkan warga sekolah khususnya memelihara kualiti alam sekitar melalui  medium bahan bacaan dan rujukan.

No comments:

Post a Comment