SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI AMAN,KOTA TINGGI,JOHOR

PROJEK SUDUT LESTARI DI DALAM KELAS DAN BILIK-BILIK KHAS


 Latarbelakang projek:
  • Sudut Lestari diwujudkan di setiap kelas dan bilik-bilik khas bertujuan untuk memupuk semangat cintakan alam sekitar dan menyedarkan kepentingan kitar semula.. Disamping itu, pelajar-pelajar juga dapat memaparkan isu-isu semasa alam sekitar dan menambahkan ilmu pengetahuan tentang cara-cara memelihara dan memulihara alam sekitar Kesedaran terhadap pemuliharaan dan penjagaan alam sekitar seharusnya terbentuk dalam setiap jiwa insan. Ini kerana manusia sendiri mendiami alam dan alam adalah kediaman kita. Justeru teramat penting pendidikan alam sekitar harus dipupuk dan disemai dari kecil lagi demi membangunkan sahsiah peribadi yang memahami pentingnya pemuliharaan dan penjagaan alam sekitar. Seterusnya menyediakan persekitaran yang selesa, nyaman dan harmoni sebagai warisan kepada generasi yang akan datang. 
  • Sudut Lestari ini juga merupakan salah satu kreteria dalam keceriaan kelas yang akan dinilai oleh guru bertugas mingguan . Jumlah markah yang diperuntukan untuk Sudut Lestari ini ialah 10 markah. Setiap kelas wajib memaparkan isu-isu semasa atau info-info alam sekitar di Sudut Lestari. Pelajar-pelajar juga digalakkan untuk menghasilkan bahan maujud daripada bahan kitar semula. 
Matlamat projek:
  • Menggalak pelajar memaparkan isu-isu tentang alam sekitar dan membuat bahan maujud daripada bahan kitar semula. 
Objektif Projek:

  1. Menyedarkan pelajar-pelajar tentang kepentingan menjaga alam sekitar. 
  2. Memastikan sudut lestari sentiasa dikemaskini dengan info-info terkini tentang alam sekitar dan kitar semula. 
  3. Memupuk pemikiran kreatif dan inovatif di kalangan pelajar untuk membuat kraftangan atau bahan maujud daripada bahan kitar semula. 
  4. Menanam nilai kasih sayang terhadap alam sekitar demi kesejahteraan sejagat di muka bumi ini. 
Faedah Projek:

  1. Menambahkan lagi keceriaan kelas dan bilik-bilik khas. 
  2. Menjadikan sudut alam sekitar sebagai tempat menambah ilmu pengetahuan. 
  3. Menggalakkan pelajar-pelajar berfikiran kreatif dan inovatif untuk mewujudkan bahan majmud. 
  4. Mewujudkan kerjasama, tanggungjawab, prihatin dan kasih sayang terhadap kelas dan sekolah.

No comments:

Post a Comment