SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI AMAN,KOTA TINGGI,JOHOR

Pembentukan Jaringan bersama pihak berkepentingan


Dalam menjayakan Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar, SMK Seri Aman telah menjalinkan hubungan dengan pelbagai pihak di antaranya ialah :   

  1. PERLIMEN DAN AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN SEDILI : YB RASMAN BIN ITHNAIN)
  2. PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMK SERI AMAN 
  3. FELDA TECHNOPLANT BUKIT APING BARAT
  4. PENGURUSAN FELDA BUKIT APING BARAT
  5. PEKERJA PEMBERSIHAN SWASTA – MM CERIA
  6. TRADE WIND SDN BHD – SUMBANGAN EFB
  7. KILANG KELAPA SAWIT FELDA BUKIT WAHA – SUMBANGAN SISA SABUT KELAPA SAWIT
  8. KOPERASI PENEROKA FELDA BUKIT APING BARAT – KEMUDAHAN PENGANGKUTAN MENGGUNAKAN LORI
  9. JABATAN PERHILITAN JEMALUANG MERSING
  10. JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR
  11. JABATAN PERHUTANAN NEGERI JOHOR SELATAN
  12. JABATAN PERHUTANAN NEGERI PERLIS – GUA KELAM
  13. MARDI KLUANG
  14. JABATAN PERTANIAN NEGERI PERLIS – TAMAN ANGGUR
  15. ZENXIN ORGANIC FARM KLUANG
*Parlimen dan Ahli Dewan Undangan

*PIBG SMK Seri Aman
*Felda Technoplant
*Pengurusan Felda

*Pekerja Pembersihan Swasta































STESEN PEMBELAJARAN/PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MERENTAS KURIKULUM


Objektif/Matlamat Projek
  1. Mendapat pengalaman, pengetahuan dan kefahaman asas tentang alam sekitar dan masalah-masalahnya. 
  2. Lebih sedar, peka dan prihatin terhadap alam sekitar dan masalah yang berkaitan dengannya. 
  3. Memperoleh nilai dan memupuk sikap yang positif cintakan alam sekitar dan bermotivasi untuk terlibat secara aktif dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. 
  4. Memahami bahawa pembangunan Negara harus diteruskan dengan menggunakan sumber-sumber semulajadi yang ada secara terancang. 
  5. Menguasai kemahiran yang diperlukan bagi mengenalpasti masalah alam sekita dan penyelesaiaannya. 
  6. Berpeluang melibatkan diri secara aktif dalam penyelesaian masalah alam sekitar. 
Faedah
  1. memberi kesedaran dan menanam sikap bertanggungjawab bahawa manusia perlu 
  2. hidup secara harmonis dengan alam sekitarnya. 
  3. memberi kefahaman dan rasa cinta terhadap alam semulajadi

Status Kemajuan Pelaksanaan Projek/Pencapaian

  1. Pendidikan Alam Sekitar Di Dalam Kelas 
  • Pendidikan alam sekitar merentas kurikulum telah dijalankan di dalam kelas pada tahun. Berikut adalah dapatan kekerapan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas mengikut bidang matapelajaran

Sains & Matematik
Bahasa
Teknik & Vokasional
Sains Sosial
90 kali
54 kali
14 kali
132 kali
      2.  Stesen Pembelajaran

  • Pada tahun 2011, sebanyak 7 stesen pembelajaran telah dibina untuk tujuan pembelajaran., walaubagaimanapun pada November 2011 beberapa stesen pembelajaran telah ditambah antaranya ialah stesen hidupan laut, stesen –stesen ini sedikit sebanyak membantu dalam proses PdP di di bilik darajh. Terdapat sebahagian guru yang menggunakan modul yang disediakan manakala yang selebihnya menggunakan bahan yang disediakan sendiri mengikut kesesuaian PdP yang dijalankan.

Strategi dan Pelan Tindakan SLAAS




PERANCANGAN STRATEGIK SLAAS
SMK SERI AMAN, KOTA TINGGI,JOHOR

Matlamat Strategik :
  1. Mewujudkan suasana SMK Seri Aman yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari
  2.  Menggalakkan warga SMK Seri Aman melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan
  3. SMK Seri Aman mencapai Tahap Sekolah Lestari pada tahun 2012

BIL
AKTIVITI
OBJEKTIF
SUMBER TENAGA

SASARAN

JANGKA
MASA
1
Membentuk Visi, Misi dan Matlamat Sekolah Lestari

1.      Mewujudkan visi dan misi dan matlamat pendidikan alam sekitar berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
2.      Menyatukan usaha dengan visi dan misi serta matlamat yang sama
JK Khusus SLAAS
1 Jun 2011

2
Organisasi
1.1      Membentuk Jawatankuasa
1.2      Mesyuarat
1.3      Mewujudkan sistem fail
1.  Mewujudkan Jawatankuasa Penyelaras / Khusus  Sekolah Lestari
2.  Keahlian Jawatankuasa Penyelaras terdiri daripada pentadbir, ahli PIBG, guru, staf sokongan dan wakil pelajar.
3.  Kekerapan mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun.
4.  Mewujudkan sistem pengurusan yang sistematik
J/K Penghijauan; Persatuan dan Kelab; PIBG
15 Jun 2011
Jun 2011 –
Dis 2012
3
Program Kefahaman dan Kesedaran
1.1  Minggu Alam Sekitar
1.2  Papan Kenyataan Lestari
1.3  Penyebaran mesej Alam Sekitar dalam Perhimpunan
1.  Menyebarkan mesej alam sekitar
2.  Meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar
J/K Penghijauan; Persatuan dan Kelab
Seluruh Warga SMKSA dan masyarakat sekitar
Jun 2011 –
Dis 2012
4
Implimentasi  Peraturan Sekolah Berkaitan Alam Sekitar
a.       Semakan Buku Peraturan Sekolah dan Membuat Penambahbaikan
b.       Memastikan Peraturan Sekolah Berkaitan Alam Sekitar diimplimentasikan sebaik-baiknya
1.   Mengadakan dan mengimplimentasikan  Peraturan Sekolah Berkaitan Alam Sekitar
Staf pejabat; pengusaha kantin; penyelaras bengkel; pembantu makmal
Seluruh Warga SMKSA
Jun 2011 –
Dis 2012
5
Pengiktirafan dan Penghargaan
5.1 Sijil Penghargaan
5.2 Anugerah Alam Sekitar SMKSA
1.   Memberikan pengiktirafan kepada individu atau kumpulan yang menyumbang dan terlibat secara aktif dalam melaksanakan program pendidikan alam sekitar
2.   Meningkatkan motivasi semua pihak untuk melibatkan diri secara langsung
JK Khusus SLAAS dan Unit Ko Kurikulum
Seluruh Warga SMKSA dan masyarakat sekitar yang menyumbang dan terlibat secara aktif dalam melaksanakan program pendidikan alam sekitar

Jun 2011 –
Dis 2012
6
Prasarana Pengajaran dan Pembelajaran
6.1 Bilik Darjah 5 Bintang
6.2 Stesen Alam Sekitar
6.3 Pusat Sumber
6.4 Info Lestari
1.   menyediakan ruang prasarana pembelajaran dalam dan luar bilik darjah
2.   mewujudkan sistem pembangunan maklumat alam sekitar yang menyeluruh
JK Kurikulum SLAAS
Guru dan Pelajar SMKSA
Jun 2011 –
Dis 2012
7
Budget Program  Sekolah Lestari
7.1      Mencari sumber kewangan
7.2      Penjanaan kewangan
7.3      Mengurus kewangan dengan sistematik dan telus
1.    Memastikan Program SLAAS mempunyai sumber kewangan yang mencukupi
2.   Menjana sumber pendapatan
3.   Pengurusan kewangan dengan sistematik dan telus
JK Khusus SLAAS
JK Khusus SLAAS
Jun 2011 –
Dis 2012
8
Jaringan Bersama Pihak Berkepentingan
8.1 Lawatan Sambil Belajar
8.2 Gotong – royong
8.3 1 Murid 1 Pokok
8.4 Ekspedisi Gunung Panti
8.5 Memohon Sumbangan Kewangan, Perkhidmatan, Khidmat Nasihat dsb
8.6 Kursus membuat EM dan Baja Kompos bersama JKKR & GPW Aping Barat dan Aping Timur
8.7 Ceramah Alam Sekitar dalam Slot Keluarga Sakinah GPW Aping Barat dan Aping Timur
8.8 Ceramah dan Pameran E-Waste  oleh Jabatan Alam Sekitar
1.  Membina hubungan kerjasama erat dengan dengan pihak berkepentingan di luar
2.  Penyebaran dan pendedahan maklumat serta nilai-nilai alam sekitar kepada masyarakat setempat
JK Khusus & Program SLAAS
Pengurusan Felda, JAS, Jab. Perhutanan, Jabatan Pertanian, JKKR, GPW, Mardi
Jun 2011 –
Dis 2012
9
Sistem Pemantauan
9.1 Membentuk Jawatankuasa Pemantau
9.2 Mewujudkan Instrumen Pemantauan
9.3 Melaksanakan Pemantauan
1.   Mewujudkan satu sistem Pemantauan yang menyeluruh
2.   Dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan untuk tujuan penambahbaikan
JK Khusus  SLAAS
JK Khusus  SLAAS, Persatuan dan Kelab

10
Sistem Pelaporan
10.1 Laporan dalam Kertas
10.2 Mewujudkan tapak Web
10.3 Menghasilkan Persembahan Multimedia
1.  Laporan yang kemaskini, lengkap, dan seragam
2.  Perkongsian Maklumat dengan pihak lain
JK Khusus & Program SLAAS
JK Khusus & Program SLAAS, Persatuan dan Kelab
Jun 2011 –
Dis 2012
11
Elemen Khas
11.1 Galeri Lestari
11.2 Saliran Angkat
11.3 Taman Arboretum

1.   Mengetengahkan kelebihan dan keistimewaan SMKSA berkaitan alam sekitar
2.   Perkongsian sumber dengan masyarakat sekitar
JK Khusus & Program SLAAS
PIBG, Pentadbiran Felda

Jun 2011 –
Dis 2012








MINGGU ____ SAVE OUR NATURE


Choral Speaking
Save Our Nature

In thunder and lightning, here we come,
Ladies and gentlemen, we are the children of today,
Present to you,   “SAVE OUR NATURE “,
Think about the generations and say we want to make it a better world for our children.
What about sunrise?      Nice.........
What about rain?             Cool..........
What about blooming flowers?                 Wow.........
And What about green fields?     Awesome...............
Its  a wonderful world out there,
Our Sweet Mother Earth,
Nature is God’s greatest gift.

Do you like nature?    YES....
Do you like playing outside?   OF COURSE....
Do you like hiking?     DEFINITELY......
Watching the beach tides?    ABSOLUTELY.....

But did  you ever stop to notice,
Something happen to our Mother Nature?
It’s hot.........
It’s cold.................
It’s hot and cold.............

Global Warming
It leaves Mother Earth crying in pain,
People, Plants and animals would be destroyed.
Don’t cut me down.....
Its pain, its hurts.......
(cutting the trees)- sound effect
Trees died – sound effect

Deforestration
A hundred trees are cut in one day,
Just to make paper which is wasted away?
Forest and fields turn to debris and dust.

I’m getting bigger and bigger.......
There’s a big hole on me......


Depleting Ozone Layer
Increase of temperature,
UV, cause cancer.....
Gasping for air......
Coughing.......
Please help me, please.......
Oxygen, oxygen.........
Call the ambulance..................
(Siren sound)-Neno, neno......

Pollution
Irresponsible open burning can cause haze,
Pollution caused by our own cars,
Rivers clogged like varicose veins,
Air pollution.....
Water pollution.....
Noisy pollution...........
Peace in the world,
Find the strength,
You are the greatest power,
To make the world a wonderful place.
So let’s save the world together.
Reuse, Reduce ,Recycle  and don’t litter,   (3R)
Go green & save green,
Plant gardens, plant trees.
Save electricity, cut off the lights,
Bring back peaceful and cooler nights,
Don’t waste the water we need to drink,
So please don’t let those precious drops go down the sink.

Think before buy,
Borrow instead of buying,
Save energy, save money
Saturday no plastic bags.
Mother Nature can’t do it all,
So let’s give her a rest,
We all need to try,
Do what is the best.
ave our nature,
For our future,
Make a little space,
Make a better place,
For you and for me.
For entire human beings,
All in peace .......
Thank you

MINGGU ____ SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA 2012



Tema Hari Air Sedunia 2012. World Water Day 2012 mengambil tema 

Water and Food Security



MINGGU ____ SAMBUTAN HARI BUMI 2012


sEJARAH HARI BUMI 22 april

                Pada September 1969, dalam satu persidangan di Seattle, Washington, Senator A.S. Gaylord Nelson mengumumkan bahawa pada musim bunga 1970 akan diadakan satu demonstrasi di seluruh negara bagi menyokong usaha pemulihan terhadap alam sekitar. Senator Nelson pada mulanya mencadangkan bantahan alam sekitar di seluruh negara untuk menjadikan alam sekitar sebagai agenda negara. Katanya, “Ia satu pertaruhan, tetapi ia pasti berjaya.” Pada 22 April 1970 dikatakan hampir 20 juta rakyat Amerika Syarikat memenuhi taman dan auditorium bagi menyokong cadangan Senator Nelson. Hari Bumi pertama menjadi pembuka jalan terbentuknya United States Environmental Protection Agency/US EPA.


Lima bulan sebelum Hari Bumi 22 April yang pertama, pada Ahad, 30 November 1969, The New York Times telah mengeluarkan rencana yang melaporkan peningkatan aktiviti mempertahankan alam sekitar di seluruh Amerika. Rencana ini telah ditulis oleh Gladwin Hill yang merupakan salah seorang aktivis alam sekitar. Sebenarnya perjuangan Gaylord Nelson mempertahankan alam sekitar bermula sekitar 7 tahun sebelum Hari Bumi pertama diraikan. Setiap tahun, Hari Bumi 22 April dirai sebagai tanda ulang tahun kelahiran gerakan alam sekitar moden. Pada tahun 1990, kesedaran menyambut Hari Bumi mulai berkembang secara global. Sekitar 200 juta orang dari 141 negara di dunia telah terlibat dalam menjayakan sambutan ini dan  ianya telah menjadi isu global dalam memelihara  bumi dari terus tercemar.


Bagaimana Kita Nak Menjaga Bumi Kita??

  1. Gunakan prinsip 3R  (Reuse, Reduce, Recycle) dalam kehidupan seharian.
  2. Kurangkan penggunaan beg plastik.
  3. Jangan lakukan pembakaran terbuka.
  4. Jangan membuang sampah merata-rata.
  5. Tanam lebih banyak pokok.
  6. Jimatkan penggunaan air dan elektrik.





MINGGU ____ PERANGKAP NYAMUK KITAR SEMULA

Bahan-bahan yang diperlukan :
200 ml Air
50 gram Gula Merah
1 gram Ragi / Yis
1 Botol Plastik 1.5 ml
1 Plastik Sampah Hitam
CARA MEMBUATNYA

1. Potong botol plastki 1.5 ml kepada dua bahagian (sila lihat gambar di sebelah)

2. Panaskan 200 ml air yang dicampur dengan 50 gm gula merah hingga mendidih. Sejukkan, kemudian tuang ke dalam botol 1.5 ml bahagian bawah yang dipotong tadi.

3. Tambahkan ragi / yis ke dalam campuran air tadi (tidak perlu dikacau) supaya tindakbalas kimia dapat dihasilkan (karbon dioksida)

4. Pasang / masukkan bahagian potongan botol yang satu lagi (bahagian atas) dengan posisi terbalik seperti corong ke dalam potongan botol bahagian bawah.

5. Bungkuskan bahagian tepi botol tersebut dengan menggunakan plastik sampah hitam. Biarkan bahagian atas supaya terdedah. Kemudian letakkan di bahagian sudut rumah anda sebagai Perangkap Nyamuk.

6. Hasilnya, selepas 2 minggu, perangkap nyamuk anda akan dipenuhi nyamuk yang mati di dalam botol tersebut.

MINGGU ____ WARNA TONG KITAR SEMULA


Masukkan bahan kitar semula ke dalam tong kitar semula
mengikut kod warna yang bersesuai




MINGGU ____ PENTINGNYA KITAR SEMULA


Antara bahan buangan yang boleh dikitar semula termasuklah aluminium, plastik dan surat khabar.
Aluminium merupakan bahan yang boleh dikitar semula 100%. Menurut fakta, aluminium boleh digunakan semula dalam tempoh 60 hari selepas dikitar semula. Aluminium ini juga boleh dikitar semula untuk tujuan yang sama beberapa kali. Begitulah uniknya sifat aluminium. Selain itu, aluminium yang dikitar semula hanya menggunakan 5% tenaga jika dibandingkan penghasilan aluminium dengan bahan yang baru. Anda boleh mengitar semula semua bahan yang diperbuat daripada aluminium, namun mulalah dengan yang mudah dahulu seperti tin minuman ringan.

Plastik juga merupakan bahan yang penting untuk dikitar semula kerana penggunaannya meluas di Malaysia. Lebih banyak yang dikitar semula, maka berkurangan plastik yang terkumpul di tempat pembuangan sampah. Tenaga yang digunakan untuk menghasilkan plastik daripada kitar semula hanya 2/3 daripada menghasilkan plastik yang baru.

Bahan buangan daripada kertas juga meluas digunakan di negara ini. Contohnya seperti surat khabar, majalah dan surat. Mengitar semula bahan yang diperbuat daripada kertas ini dapat memelihara sumber (pokok), menjimatkan tenaga dan mengurangkan keluasan kawasan pelupusan sampah.

Sebagai masyarakat yang prihatin, kita boleh mengambil inisiatif dengan membuang bahan-bahan buangan ini ke dalam tong kitar semula. Terdapat tidak kurang daripada 165 syarikat kitar semula di Malaysia





MINGGU ___ 3R


Pengurangan sisa pepejal melalui penerapan 3R iaitu
1.       Reduce (Pengurangan)
bermaksud mengurangkan dan mengelakkan daripada membeli barang yang tidak diperlukan. Ianya juga bermaksud pencegahan/pengurangan sisa atau pengurangan sumber dimana penggunaan dan pembuangan barang-barang dikurangkan. Ini termasuklah :
·     Membeli barang yang tahan lama dan tahan lasak,
·     Membeli barang-barang yang dibungkus dari bahan bebas toksik,
·     Mereka bentuk produk supaya mengurangkan penggunaan bahan mentah, mempunyai jangka hayat yang panjang atau boleh diguna pakai semula.

2.      Reuse (Penggunaan Semula)
  •             Penggunaan semula produk termasuklah mempelbagaikan penggunaan bahan dalam mengekalkan bentuk asalnya atau sebagai alternatif dengan atau tanpa perubahan.Dalam kebanyakan situasi, bekas-bekas terpakai boleh digunakan semula sebagai pengganti terhadap pembelian produk baru.
  •             Sebagai contoh, anda boleh mengecas semula bateri yang boleh dicas semula sekerap mungkin bagi mengelakkan pembaziran sisa pepejal berbanding bateri yang tidak boleh dicas. Seterusnya, ia dapat memastikan kita dapat mengurangkan sisa pepejal serta memelihara sumber asli semula jadi. 


3.      Recycle (Kitar Semula)
  •                Memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran       barang baru. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial.


Penerapan amalan 3R di kalangan masyarakat secara tidak langsung dapat mengurangkan penghasilan sisa pepejal daripada dilupuskan ke tapak pelupusan.